Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Kuih Rengas

Kuih rengas atau sesetengah tempat dikenali sebagai kuih kacang atau kuih kasturi.  Nak menyediakannya tidaklah susah. Cikla kongsikan cara Cikla sediakan kuih ini. Resepi Kuih Rengas atau Kuih Kasturi Kacang hijau Kelapa - yang ini optional, Cikla tak masukkan pun Gula melaka/ gula merah Gula pasir Tepung beras Kapur makan Garam Minyak untuk menggoreng *resepi ini Cikla tak sediakan sukatan bahan.  Penyediaannya bergantung kepada banyak makan korang nak buat. Cara penyediaan: - rebus kacang hijau sehingga kembang. - bila dah kembang dan lembut, masukkan gula melaka.  Cikla masukkan gula melaka 2 keping dan   campuran gula merah serta gula pasir.  Manisnya korang kena rasa. Jangan terlalu manis. - Masaklah sehingga kering dan likat. Nak tahu setakat mana kelikatannya, bila korang rasa sedikit   berat bila mengacau. - Padamkan api dan biarkan ianya sejuk. (cikla suka makan begitu saja masa ni) - bila dah sejuk, bolehlah buat bulat-bulat dan leperkan. - bancu