Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Bubur Jagung Nangka Manis

Simple resepi utk dishare.  Resepi asal bubur ni Cikla  tengok kat buku Dari Dapur Anis. Cikla olah sedikit mengikut citarasa dan selera sendiri.  Bubur Jagung Nangka Manis Bahan: 2 tongkol jagung manis sederhana besar (ambil biji-biji jagungnya sahaja) 2-3 ulas isi nangka - hiriskan 1 kotak santan 3-4 sudu besar biji sagu (kalau nak lebih pekat boleh masukkan lebih biji sagu) 1/2 ketul gula melaka (gula merah pun boleh) 2-3 helai daun pandan (basuh, ramas sikit2 & simpulkan) sedikit garam gula pasir - tambah sekiranya kurang manis (manis ni korang olah sendiri la) tepung jagung - sikit jer utk pekatkan kuah. Cara menyediakan: - masukkan semua bahan ke dalam satu periuk dan letak atas api perlahan. - kacau selalu - masukkan hirisan nangka - sekiranya kuahnya pekat, korang boleh campurkan air

Sup Cendawan Lemak Berkrim

Cikla suka makan sup cendawan.  Kalau suka makan kena belajar cara buat sendiri. Jom Cikla kongsikan cara Cikla sediakan sup cendawan cara Cikla. Sup Cendawan Lemak Berkrim Semangkuk kecil sos cendawan.  Bertambah-tambah makan sambil cicah dengan roti bakar. Bahan-bahan : Bawang putih Cendawan shitake / cendawan tiram / cendawan butang - gunalah mana-mana cendawan pun. Sos cream mushroom - 1 tin Serbuk cream cendawan - 1 pek air susu segar butter Italian herb / serbuk oregano Cara penyediaan : Caranya mudah saja. Ambil 2-3 ulas bawang putih, korang cincang halus. Panaskan  sesudu butter dan tumis bawang putih sekejap.  Masukkan cendawan. Masukkan sedikit air, biarkan merenek sekejap. Tak perlu lama agak-agak dalam 5 min cukup dan padamkan api. Yang ni Cikla gunakan cendawan shitake.  Kalau nak buat makan sendiri cukuplah 10  butir cendawan shitake ni. Kalau guna cendawan tiram ambil dalam segenggam. Sukatan ini adalah untuk menggunakan 1 tin cream mushroo

Popia Goreng Isi Ketam

Popia Goreng Berinti Ketam Sesekali melayan keluarga dengan hidangan simple untuk minum petang. Untuk menyediakannya juga sangat mudah asalkan bahan-bahan ada. Bahan-bahannya 1 paket kulit popia - beli sahaja di pasaraya ada macam-macam keluaran dan saiz. 1 paket isi ketam frozen - dalam pack ni ada 16 batang, akak guna separuh aje. 1 biji sengkuang - sederhana besar 1 batang karot 1 peket serbuk nasi goreng cina 1 biji telur-- gunakan putih telur sebagai gam Cara menyedia : Isi ketam korang hiris panjang-panjang.  Sengkuang dan karot pun hiris panjang-panjang juga.  Lepas hiris, sengkuang dan karot korang gaulkan sekali.  Kalau suka lebih sengkuang masuklah lebih, begitu juga dengan karot.  Boleh juga masukkan taugeh kalau suka. Selepas semua sedia, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak - dalam setengah sudu besar sahaja. Tak guna minyak pun tak apa.  Masukkan isi ketam dan biarkan sebentar.  Masukkan serbuk nasi goreng cina (Cikla guna yang serbuk,

Mini Burger Snek Anak-anak

Mini Burger Snek Anak-anak Anak-anak perlu diajar  untuk tidak mengambil makanan segera.   Cara mudah, kita sebagai ibubapa kenalah merajinkan diri menyediakan snek untuk anak-anak makan.  Cikla pun tidaklah rajin sangat tapi demi anak-anak, kena ringan tangan. Bantuan daripada suami adalah nilai tambah yang tidak terhingga. Mini Burger Biasanya bila sebut burger, mesti terbayang roti bulat ditengahnya ada lapisan daging/ayam, salad, keju, sos dan macam-macam lagi.  Tapi korang boleh je sediakan burger dengan roti biasa.  Ni cara Cikla. Isi ayam - dicincang agak halus Roti gardenia empat segi Telur Sedikit tepung jagung Sedikit tepung gandum Daun bawang dicincang halus Lada hitam kisar Sedikit garam Caranya juga mudah. Isi ayam cincang digaul dengan tepung jagung, tepung gandum dan masukkan juga daun bawang dicincang halus serta lada hitam kisar.  Gaul rata sampai boleh dikepal. Panaskan kuali leper dan korang boleh gril/bakar isi ayam ini mengikut bentuk yang sesua

Berkongsi Minat Dan kesukaan

Assalamualaikum pembuka kata. Dapat jugak akhirnya Cikla menunaikan keinginan sendiri mempunyai satu tempat untuk menghimpun resepi, masakan dan tempat-tempat makan yang menarik dan sesuai dengan kami sekeluarga.  Perkongsian di sini untuk rujukan dan tatapan anak-anak satu hari nanti mungkin mereka perlukan bantuan tapi Cikla takde untuk membantu. Pelan-pelan kita update mana yang sesuai.  Ada yang datangnya dari diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan hasil google juga.  Asalkan menarik dan sesuai untuk dikongsi. Banyak yang perlu dibuat ni tapi sikit-sikit nanti eloklah penyampaian blog ni. Ni bukan dapur Cikla. Imej google aje. Credit pada empunya gambar. Tapi bestkan ada dapur macam ni, jadi tempat bereksperimentasi menyediakan hidangan keluarga. Tapi dapur Cikla pun okay dah untuk kami sekeluarga. Okay jumpa lagi!