Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Masak Ikan Pari Air Asam

Antara ikan yang Cikla suka ialah ikan pari. Selain daripada masak asam pedas, ikan pari ni boleh juga jadi masakan yang paling mudah iaiut Pari Rebus Air Asam . Untuk rujukan, Cikla share resepi yang simple dan mudah. Resepi Ikan Pari Rebus Air Asam Beberapa potong ikan pari ( ikan kembung pun boleh juga) - pastikan ikan segar baru rasa dia mantap pes asam jawa belacan bakar (sebesar ibu jari) hirisan bawang besar hirisan tomato hirisan cili padi perahan air limau nipis gula dan garam secukup rasa Nak buatnya senang.  Rebus ikan tu. Agak-agak dah masak, masukkan pes asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, cili padi, air perahan limau dan garam serta gula.  Kacau-kacau dan rasa masin, masam, manis ikut selera korang.  Pastikan ikan terendam sikit dalam kuah dan lepas tu bolehlah dihidangkan panas-panas. Selain daripada ikan, boleh juga rebus telur dan gaulkan dengan air asam ini.  Mudah kan. Satu cara  boleh pelbagaikan bahan. Jom cuba!

Kek Batik Milo

Kek Batik adalah antara kek yang paling senang untuk disediakan.  Siapkan bahan-bahan, anak-anakpun boleh buat sendiri. Resepi Kek Batik Milo Bahan-bahan  2 cawan milo 1 buku butter 1 bungkus biskut marie 1/2 tin susu pekat Cara penyediaannya : Cairkan butter, masukkan susu pekat, masukkan milo. Kacau sampai cair dan tidak berketul-ketul milonya.  Biskut marie tadi terlebih dahulu dipatah-patahkan kepada 4 bahagian. Kalau rasa kecil, patah dua sahaja.  Cikla campur-campurkan, ada yang patah dua, ada yang patah empat.  Susu pekat terpulang pada korang, nak manis masukkan lebih sedikit.  Sukatan yang Cikla guna ni pada Cikla dah sedang elok je manisnya. Lepas campuran dah sebati, masukkan biskut yang korang dah patah-patahkan tadi.  Kacaulah bagi rata.  Sediakan bekas untuk isi campuran tadi.  Kalau nak senang potong, bekas tu korang lapikkan dahulu dengan plastik, kemudian curahkan campuran tadi dan tekan-tekanlah bagi rata. Dah siapkan masukkan dalam peti ais sema

Roti Daging Bakar

Masakan paling mudah bila nak cepat.  Roti adalah bahan yang perlu ada stok di rumah.  Macam-macam resepi boleh buat dengan roti ni, asalkan rajin untuk mencuba. Berkongsi di sini untuk rujukan sahabat, adik, rakan Cikla yang `rajin' macam Cikla. Resepi Roti Daging Bakar Bahan-bahan : Daging kisar (ikut banyak mana roti bakar yang perlu disediakan) Capsicum hijau dan kuning (merah pun boleh) - hiriskan Bawang holland - potong dadu Cili merah - potong kecil (kalau dah guna capsicum merah, tak perlulah cili merah lagi) 2-3 ulas bawang putih - cincang halus Sos tomato kimball (jenama lain pun boleh) sedikit cili kisar sedikit minyak Roti Telur (3-4 biji) - pukul bersama dengan sedikit serbuk lada hitam **bahan-bahan ini korang boleh sukat ikut banyak mana korang nak buat.  Buat lebih pun tak apa sebab inti daging ni boleh guna untuk menu yang lain juga. Caranya pun mudah: Tumis bawang putih sedikit, masukkan bawang holland.  Masukkan daging kisar. Biarkan s

Ayam Panggang Rosemary

Siapa yang tak suka makan ayam, tambahan kalau anak-anak. Sesekali kita cuba masak ala western pulak. Resepi Ayam Panggang Rosemary Ayam  - Pilihan kami ayam sederhana besar - 2 ekor. Tak perlu potongkan ke bahagian-bahagian kecil dahulu tapi kenalah bersihkan betul-betul bahagian dalamnya supaya tidak berbau. Perap dahulu ayam dengan bahan-bahan berikut : 2-3cm Halia, 7-8 ulas bawang merah, 6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat l1 sudu besar serbuk lada hitam kasar 1 sudu besar serbuk jintan manis 2-3 biji lime - ambil air perahannya Rosemary kering - jangan banyak sangat Garam & gula secukup rasa. Gaulkan kesemua bahan ini dan sapulah keseluruh ayam. Masukkan ayam ke dalam plastik atau bekas dan biarkan lah selama 2-3 jam. Bahan-bahan sampingan : 1 batang carrot - potong serong 10-15 biji kentang manis (sweet potatos) kentangnya kecil-kecil ajer. 1 biji epal merah - potong-potong kan 1 batang saderi beberapa biji tomato comel Daun sup yang dah dihir

Masak Lemak Cili Padi Rebung Dengan Daging

Peminat rebung dan masak lemak cili padi boleh cuma masakan ini.  Memang sedap.  Rebung yang Cikla gunakan ialah rebung madu ambil terus dari pokok. Rebung segar ni tak berbau.  Boleh juga gunakan rebung jeruk tapi ada bau sikit la. Resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung dengan Daging (bahan-bahan ni boleh ubah sukatannya ikut korang ye, Cikla kongsikan ikut kuantiti yang Cikla masak) 1/2 kg daging (ambil yang ada urat bercampur isi) kelapa parut RM2 (boleh juga guna santan kotak) Satu batang rebung  (ikut kuantiti korang nak masak) 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 batang serai sehelai daun kunyit 7-9 cili padi (nak lebih pedas letak lebih) 2 cili hijau 2-3 hiris lengkuas 2-3 hiris halia asam keping gula & garam secukup rasa Cara penyediaan: - potong rebung dan rebus 2 kali (rebus sekali sampai air mendidih, buang air dan rebus sekali lagi).   Kalau guna rebung jeruk, tak perlu rebus. Rebung yang dah direbus, kalau tak nak masak lagi,   boleh simpan

Kek Cheese Cream Cracker

Bila tiba-tiba rasa nak makan kek tapi stok bahan terhad dan korang pula rasa malas nak keluarkan perkakasan, mulalah cari resepi-resepi mudah asalkan keinginan nak makan kek tercapai.  Siapa ada perangai macam Cikla ni?  Biasanya kat rumah memang sediaada stok serba sedikit untuk buat kek atau kuih muih yang mudah.  Cikla memang suka sediakan masakan yang mudah dan cepat untuk disediakan.  Tapi bila mood rajin memang macam-macam boleh terhasil. Kali ni nak kongsi dengan korang, Kek Cheese Cream Cracker yang sangat mudah untuk disediakan. Resepi Kek Cheese Cream Cracker. Bahan-bahannya : 1 buku philadelphia creme cheese 1/4 tin susu pekat manis 1/2 biji perahan jus lemon * kesemua bahan ni, diputar sehingga kembang bisku cream cracker susu segar/full cream/low fat milk milo nestum oat chocolate (yg ni ikut suka, Cikla tak letak pun) Cara-caranya : Rendam seketika biskut cream crackers dalam susu segar tadi.  Susunkan biskut dalam bekas, sapukan adunan cr

Kerabu Epal Pegaga Menu Diet Istimewa

Sesekali kita cuba menu sihat pulak.  Pada yang suka dengan menu diet, boleh cuba resepi ini.  Mudah disediakan dan yang pastinya sedap.  Resepi Kerabu Epal Pegaga Bahan-bahan:  Sebiji epal- hiris Sebiji tomato - hiris setengah biji bawang besar - hiris segenggam daun pegaga - ramas-ramaskan 1 sudu kecil cuka epal 1 sudu kecil madu sedikit garam & gula 1 sudu besar perahan limau nipis/lemon Campurkan semua bahan di dalam mangkuk yang sesuai dan gaulkan. Tips untuk elakkan hirisan epal menjadi hitam atau berubah warna, campurkan cepat-cepat air perahan limau nipis/lemon ke atas hirisan epal. Cubalah ye !

Resepi Apam Balik

Antara kuih yang Cikla suka beli bila singgah di mana-mana pasar malam ialah apam balik. Kalau kena gaya penyediaannya memang boleh makan bersambung-sambung.  Bila makanan yang kita suka, pelan-pelan kenalah belajar buat sendiri - pesan arwah bonda. Kemudahan google, cari saja resepi yang berkenan dan cuba.  Bila dah menjadi, bolehlah cuba cara sendiri. Yang penting sekali bila masak apapun anak-anak suka makan dan tak membazir. Resepi Apam Balik Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula 1 sd teh soda bikarbonat 1 sd teh baking powder 1 bj telur 11/2 cawan air sdkt mentega utk mengoles bahan tabur kacang tanah jagung tin - ikut suka nak letak banyak atau sedikit Cara Penyediaan: 1. Mesin gula & telur sampai kembang 2. Masuk soda, baking, pewarna kuning (ikut suka nak  letak atau tidak, Cikla tak letak), air - mesin sebati 3. Masuk tepung - mesin sebati 4. Oles planta permukaan kuali non stick, tuang 1 senduk, nipiskan 5. Tabur sedikit gula, mentega,

Cucur Udang Utara

Cucur Udang Utara Suka makan cucur udang?....kat belah utara ni cucur udang biasanya ada dalam pasembur di mana campuran dengan potongan timun, sengkuang, tokua goreng, telur rebus goreng dan taugeh.  Cara penyediaannya juga tidak susah. Bahan-bahan: Tepung gandum (ikut banyak mana yang diperlukan) Taugeh Daun kucai (potong-potongkan) Bawang besar (hiriskan) Secubit baking powder Garam secukup rasa Udang sederhana besar Minyak untuk menggoreng Cara  penyediaan: Panaskan minyak dalam kuali. * biasanya untuk kuih bergoreng, Cikla suka panaskan minyak terlebih dahulu sementara menyediakan bahan menggoreng.  Tujuannya ialah bila bahan siap, minyak pun dah panas jadi tak perlu buang masa tunggu minyak panas. Bancuhkan tepung dengan air. Masukkan bahan-bahan yang disebut tadi kecuali udang.  Kelikatan bancuhan - jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair.  Bila bancuhan dah sedia, sebelum masukkan dalam kuali, korang letaklah seekor udang di atas setiap ketulan cucu