Skip to main content

Kuih Rengas

Kuih rengas atau sesetengah tempat dikenali sebagai kuih kacang atau kuih kasturi.  Nak menyediakannya tidaklah susah. Cikla kongsikan cara Cikla sediakan kuih ini.

Resepi Kuih Rengas atau Kuih Kasturi

kuih kampung, kuih tempatan, kuih kacang hijau, kuih kasturi



Kacang hijau
Kelapa - yang ini optional, Cikla tak masukkan pun
Gula melaka/ gula merah
Gula pasir
Tepung beras
Kapur makan
Garam
Minyak untuk menggoreng


*resepi ini Cikla tak sediakan sukatan bahan.  Penyediaannya bergantung kepada banyak makan korang nak buat.

Cara penyediaan:
- rebus kacang hijau sehingga kembang.
- bila dah kembang dan lembut, masukkan gula melaka.  Cikla masukkan gula melaka 2 keping dan
  campuran gula merah serta gula pasir.  Manisnya korang kena rasa. Jangan terlalu manis.
- Masaklah sehingga kering dan likat. Nak tahu setakat mana kelikatannya, bila korang rasa sedikit
  berat bila mengacau.
- Padamkan api dan biarkan ianya sejuk. (cikla suka makan begitu saja masa ni)
- bila dah sejuk, bolehlah buat bulat-bulat dan leperkan.
- bancuh tepung beras dengan memasukkan sedikit air kapur makan dan garam.  Bancuhan seperti
  nak goreng pisang.
- panaskan minyak.
- celup inti tadi dalam bancuhan tepung beras dan gorenglah sehingga tepung garing/bertukar warna.

Kuih rengas ini adalah antara kuih yang arwah mak Cikla suka buat kerana ianya mudah.  Inti kuih ini boleh masak banyak dan boleh juga dijadikan inti kuih pau dan kuih bom.

Korang cubalah ye!



Comments

Popular posts from this blog

Resepi Nasi Daging Air Asam

Semalam sempena cuti Hari Malaysia berkesempatan buat Nasi Daging .  Mudah je nak sediakan.  Makan nasi daging dengan air asam - memang terkenal di utara ni. Cara mudah nak sediakan nasi daging ni akak gunakan, rempah Nasi Daging Iman. Nasi Daging Nasi: 3-4 cawan beras. Boleh guna beras basmathi, beras biasa pun boleh. Akak guna beras pra boil je . 1 paket rempah nasi daging Iman Basuh beras dan penyediaan nasi, ikut sahaja arahan di paket rempah. Daging: 1) Sekilo daging bahagian isi dan sedikit lemak/urat - potong ketul. Basuh bersih. 2) Rebus daging dengan halia (seinci lebih- ketukkan) - guna pressure cooker cepat sikit. Seelok daging empuk ketepikan.  Air rebusan boleh guna untuk masak nasi. Bila nasi dah kering, boleh campurkan dan susun daging dengan nasi. Masukkan daun pandan bagi wangi bau nasi - lebih menyelerakan. Ada juga yang tidak mencampurkan daging rebus dengan nasi, tapi kami lebih suka campur sekali lebih mesra rasa. Air ...

Masak Ikan Pari Air Asam

Antara ikan yang Cikla suka ialah ikan pari. Selain daripada masak asam pedas, ikan pari ni boleh juga jadi masakan yang paling mudah iaiut Pari Rebus Air Asam . Untuk rujukan, Cikla share resepi yang simple dan mudah. Resepi Ikan Pari Rebus Air Asam Beberapa potong ikan pari ( ikan kembung pun boleh juga) - pastikan ikan segar baru rasa dia mantap pes asam jawa belacan bakar (sebesar ibu jari) hirisan bawang besar hirisan tomato hirisan cili padi perahan air limau nipis gula dan garam secukup rasa Nak buatnya senang.  Rebus ikan tu. Agak-agak dah masak, masukkan pes asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, cili padi, air perahan limau dan garam serta gula.  Kacau-kacau dan rasa masin, masam, manis ikut selera korang.  Pastikan ikan terendam sikit dalam kuah dan lepas tu bolehlah dihidangkan panas-panas. Selain daripada ikan, boleh juga rebus telur dan gaulkan dengan air asam ini.  Mudah kan. Satu cara  boleh pelbagaikan bahan. Jom cuba! ...

Masak Lemak Cili Padi Rebung Dengan Daging

Peminat rebung dan masak lemak cili padi boleh cuma masakan ini.  Memang sedap.  Rebung yang Cikla gunakan ialah rebung madu ambil terus dari pokok. Rebung segar ni tak berbau.  Boleh juga gunakan rebung jeruk tapi ada bau sikit la. Resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung dengan Daging (bahan-bahan ni boleh ubah sukatannya ikut korang ye, Cikla kongsikan ikut kuantiti yang Cikla masak) 1/2 kg daging (ambil yang ada urat bercampur isi) kelapa parut RM2 (boleh juga guna santan kotak) Satu batang rebung  (ikut kuantiti korang nak masak) 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 batang serai sehelai daun kunyit 7-9 cili padi (nak lebih pedas letak lebih) 2 cili hijau 2-3 hiris lengkuas 2-3 hiris halia asam keping gula & garam secukup rasa Cara penyediaan: - potong rebung dan rebus 2 kali (rebus sekali sampai air mendidih, buang air dan rebus sekali lagi).   Kalau guna rebung jeruk, tak perlu rebus. Rebung yang dah direbus, kalau tak nak mas...