Skip to main content

Masak Ikan Pari Air Asam

Antara ikan yang Cikla suka ialah ikan pari. Selain daripada masak asam pedas, ikan pari ni boleh juga jadi masakan yang paling mudah iaiut Pari Rebus Air Asam. Untuk rujukan, Cikla share resepi yang simple dan mudah.

Resepi Ikan Pari Rebus Air Asam


ikan pari sesuai masak apa,masak ikan pari cara mudah, cara buat air asam


Beberapa potong ikan pari ( ikan kembung pun boleh juga) - pastikan ikan segar baru rasa dia mantap
pes asam jawa
belacan bakar (sebesar ibu jari)
hirisan bawang besar
hirisan tomato
hirisan cili padi
perahan air limau nipis
gula dan garam secukup rasa

Nak buatnya senang.  Rebus ikan tu. Agak-agak dah masak, masukkan pes asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, cili padi, air perahan limau dan garam serta gula.  Kacau-kacau dan rasa masin, masam, manis ikut selera korang.  Pastikan ikan terendam sikit dalam kuah dan lepas tu bolehlah dihidangkan panas-panas.

Selain daripada ikan, boleh juga rebus telur dan gaulkan dengan air asam ini.  Mudah kan. Satu cara  boleh pelbagaikan bahan.

Jom cuba!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Nasi Daging Air Asam

Semalam sempena cuti Hari Malaysia berkesempatan buat Nasi Daging .  Mudah je nak sediakan.  Makan nasi daging dengan air asam - memang terkenal di utara ni. Cara mudah nak sediakan nasi daging ni akak gunakan, rempah Nasi Daging Iman. Nasi Daging Nasi: 3-4 cawan beras. Boleh guna beras basmathi, beras biasa pun boleh. Akak guna beras pra boil je . 1 paket rempah nasi daging Iman Basuh beras dan penyediaan nasi, ikut sahaja arahan di paket rempah. Daging: 1) Sekilo daging bahagian isi dan sedikit lemak/urat - potong ketul. Basuh bersih. 2) Rebus daging dengan halia (seinci lebih- ketukkan) - guna pressure cooker cepat sikit. Seelok daging empuk ketepikan.  Air rebusan boleh guna untuk masak nasi. Bila nasi dah kering, boleh campurkan dan susun daging dengan nasi. Masukkan daun pandan bagi wangi bau nasi - lebih menyelerakan. Ada juga yang tidak mencampurkan daging rebus dengan nasi, tapi kami lebih suka campur sekali lebih mesra rasa. Air Asam Pen

Kek Batik Milo

Kek Batik adalah antara kek yang paling senang untuk disediakan.  Siapkan bahan-bahan, anak-anakpun boleh buat sendiri. Resepi Kek Batik Milo Bahan-bahan  2 cawan milo 1 buku butter 1 bungkus biskut marie 1/2 tin susu pekat Cara penyediaannya : Cairkan butter, masukkan susu pekat, masukkan milo. Kacau sampai cair dan tidak berketul-ketul milonya.  Biskut marie tadi terlebih dahulu dipatah-patahkan kepada 4 bahagian. Kalau rasa kecil, patah dua sahaja.  Cikla campur-campurkan, ada yang patah dua, ada yang patah empat.  Susu pekat terpulang pada korang, nak manis masukkan lebih sedikit.  Sukatan yang Cikla guna ni pada Cikla dah sedang elok je manisnya. Lepas campuran dah sebati, masukkan biskut yang korang dah patah-patahkan tadi.  Kacaulah bagi rata.  Sediakan bekas untuk isi campuran tadi.  Kalau nak senang potong, bekas tu korang lapikkan dahulu dengan plastik, kemudian curahkan campuran tadi dan tekan-tekanlah bagi rata. Dah siapkan masukkan dalam peti ais sema