Skip to main content

Masak Lemak Cili Padi Rebung Dengan Daging

Peminat rebung dan masak lemak cili padi boleh cuma masakan ini.  Memang sedap.  Rebung yang Cikla gunakan ialah rebung madu ambil terus dari pokok. Rebung segar ni tak berbau.  Boleh juga gunakan rebung jeruk tapi ada bau sikit la.

masakan negeri sembilan, masak lemak sempoi, masakan rebung, masakan daging


Resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung dengan Daging

(bahan-bahan ni boleh ubah sukatannya ikut korang ye, Cikla kongsikan ikut kuantiti yang Cikla masak)

1/2 kg daging (ambil yang ada urat bercampur isi)
kelapa parut RM2 (boleh juga guna santan kotak)
Satu batang rebung  (ikut kuantiti korang nak masak)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai
sehelai daun kunyit
7-9 cili padi (nak lebih pedas letak lebih)
2 cili hijau
2-3 hiris lengkuas
2-3 hiris halia
asam keping
gula & garam secukup rasa

Cara penyediaan:
- potong rebung dan rebus 2 kali (rebus sekali sampai air mendidih, buang air dan rebus sekali lagi).
  Kalau guna rebung jeruk, tak perlu rebus. Rebung yang dah direbus, kalau tak nak masak lagi,
  boleh simpan dahulu dalam peti sejuk.
- hiris daging dan rebus bersama dengan hirisan halia dan lengkuas. Rebus agak-agak empuk.
- perah santan.
- kisar bawang besar, bawang putih, cili padi, cili hijau, sedikit halia dan lengkuas.
- masukkan bahan kisar dalam periuk/kuali dan campurkan dengan perahan santan.
- masukkan sebatang serai yang dah diketuk bahagian hujungnya.
- biarkan seketika atas api dapur sambil kacau supaya santan tak pecah lemak.
- masukkan daging dan rebung serta daun kunyit.
- kacau dan masukkan gula garam secukup rasa.

Dalam masakan ini, Cikla tak masukkan asam keping sebab Cikla guna asam belimbing buluh untuk rasa masam-masam pedas.  Kalau takde asam belimbing, korang masukkan asam keping pun boleh.
Kacau sampai mendidih dan jangan lupa rasa ye ! Bila dah siap bolehlah hidangkan dengan nasi panas.



Comments

Popular posts from this blog

Kek Batik Milo

Kek Batik adalah antara kek yang paling senang untuk disediakan.  Siapkan bahan-bahan, anak-anakpun boleh buat sendiri. Resepi Kek Batik Milo Bahan-bahan  2 cawan milo 1 buku butter 1 bungkus biskut marie 1/2 tin susu pekat Cara penyediaannya : Cairkan butter, masukkan susu pekat, masukkan milo. Kacau sampai cair dan tidak berketul-ketul milonya.  Biskut marie tadi terlebih dahulu dipatah-patahkan kepada 4 bahagian. Kalau rasa kecil, patah dua sahaja.  Cikla campur-campurkan, ada yang patah dua, ada yang patah empat.  Susu pekat terpulang pada korang, nak manis masukkan lebih sedikit.  Sukatan yang Cikla guna ni pada Cikla dah sedang elok je manisnya. Lepas campuran dah sebati, masukkan biskut yang korang dah patah-patahkan tadi.  Kacaulah bagi rata.  Sediakan bekas untuk isi campuran tadi.  Kalau nak senang potong, bekas tu korang lapikkan dahulu dengan plastik, kemudian curahkan campuran tadi dan tekan-tekanlah bagi ra...

Resepi Nasi Daging Air Asam

Semalam sempena cuti Hari Malaysia berkesempatan buat Nasi Daging .  Mudah je nak sediakan.  Makan nasi daging dengan air asam - memang terkenal di utara ni. Cara mudah nak sediakan nasi daging ni akak gunakan, rempah Nasi Daging Iman. Nasi Daging Nasi: 3-4 cawan beras. Boleh guna beras basmathi, beras biasa pun boleh. Akak guna beras pra boil je . 1 paket rempah nasi daging Iman Basuh beras dan penyediaan nasi, ikut sahaja arahan di paket rempah. Daging: 1) Sekilo daging bahagian isi dan sedikit lemak/urat - potong ketul. Basuh bersih. 2) Rebus daging dengan halia (seinci lebih- ketukkan) - guna pressure cooker cepat sikit. Seelok daging empuk ketepikan.  Air rebusan boleh guna untuk masak nasi. Bila nasi dah kering, boleh campurkan dan susun daging dengan nasi. Masukkan daun pandan bagi wangi bau nasi - lebih menyelerakan. Ada juga yang tidak mencampurkan daging rebus dengan nasi, tapi kami lebih suka campur sekali lebih mesra rasa. Air ...

Roti Daging Bakar

Masakan paling mudah bila nak cepat.  Roti adalah bahan yang perlu ada stok di rumah.  Macam-macam resepi boleh buat dengan roti ni, asalkan rajin untuk mencuba. Berkongsi di sini untuk rujukan sahabat, adik, rakan Cikla yang `rajin' macam Cikla. Resepi Roti Daging Bakar Bahan-bahan : Daging kisar (ikut banyak mana roti bakar yang perlu disediakan) Capsicum hijau dan kuning (merah pun boleh) - hiriskan Bawang holland - potong dadu Cili merah - potong kecil (kalau dah guna capsicum merah, tak perlulah cili merah lagi) 2-3 ulas bawang putih - cincang halus Sos tomato kimball (jenama lain pun boleh) sedikit cili kisar sedikit minyak Roti Telur (3-4 biji) - pukul bersama dengan sedikit serbuk lada hitam **bahan-bahan ini korang boleh sukat ikut banyak mana korang nak buat.  Buat lebih pun tak apa sebab inti daging ni boleh guna untuk menu yang lain juga. Caranya pun mudah: Tumis bawang putih sedikit, masukkan bawang holland.  Masukkan daging k...