Skip to main content

Bubur Jagung Nangka Manis

Simple resepi utk dishare.  Resepi asal bubur ni Cikla  tengok kat buku Dari Dapur Anis. Cikla olah sedikit mengikut citarasa dan selera sendiri. 

Bubur Jagung Nangka Manis


bubur jagung lemak manis, resepi bubur jagung mudah, jagung lemak manis


Bahan:

2 tongkol jagung manis sederhana besar (ambil biji-biji jagungnya sahaja)
2-3 ulas isi nangka - hiriskan
1 kotak santan
3-4 sudu besar biji sagu (kalau nak lebih pekat boleh masukkan lebih biji sagu)
1/2 ketul gula melaka (gula merah pun boleh)
2-3 helai daun pandan (basuh, ramas sikit2 & simpulkan)
sedikit garam
gula pasir - tambah sekiranya kurang manis (manis ni korang olah sendiri la)
tepung jagung - sikit jer utk pekatkan kuah.


Cara menyediakan:

- masukkan semua bahan ke dalam satu periuk dan letak atas api perlahan.
- kacau selalu
- masukkan hirisan nangka
- sekiranya kuahnya pekat, korang boleh campurkan air



Comments

Popular posts from this blog

Resepi Nasi Daging Air Asam

Semalam sempena cuti Hari Malaysia berkesempatan buat Nasi Daging .  Mudah je nak sediakan.  Makan nasi daging dengan air asam - memang terkenal di utara ni. Cara mudah nak sediakan nasi daging ni akak gunakan, rempah Nasi Daging Iman. Nasi Daging Nasi: 3-4 cawan beras. Boleh guna beras basmathi, beras biasa pun boleh. Akak guna beras pra boil je . 1 paket rempah nasi daging Iman Basuh beras dan penyediaan nasi, ikut sahaja arahan di paket rempah. Daging: 1) Sekilo daging bahagian isi dan sedikit lemak/urat - potong ketul. Basuh bersih. 2) Rebus daging dengan halia (seinci lebih- ketukkan) - guna pressure cooker cepat sikit. Seelok daging empuk ketepikan.  Air rebusan boleh guna untuk masak nasi. Bila nasi dah kering, boleh campurkan dan susun daging dengan nasi. Masukkan daun pandan bagi wangi bau nasi - lebih menyelerakan. Ada juga yang tidak mencampurkan daging rebus dengan nasi, tapi kami lebih suka campur sekali lebih mesra rasa. Air ...

Masak Ikan Pari Air Asam

Antara ikan yang Cikla suka ialah ikan pari. Selain daripada masak asam pedas, ikan pari ni boleh juga jadi masakan yang paling mudah iaiut Pari Rebus Air Asam . Untuk rujukan, Cikla share resepi yang simple dan mudah. Resepi Ikan Pari Rebus Air Asam Beberapa potong ikan pari ( ikan kembung pun boleh juga) - pastikan ikan segar baru rasa dia mantap pes asam jawa belacan bakar (sebesar ibu jari) hirisan bawang besar hirisan tomato hirisan cili padi perahan air limau nipis gula dan garam secukup rasa Nak buatnya senang.  Rebus ikan tu. Agak-agak dah masak, masukkan pes asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, cili padi, air perahan limau dan garam serta gula.  Kacau-kacau dan rasa masin, masam, manis ikut selera korang.  Pastikan ikan terendam sikit dalam kuah dan lepas tu bolehlah dihidangkan panas-panas. Selain daripada ikan, boleh juga rebus telur dan gaulkan dengan air asam ini.  Mudah kan. Satu cara  boleh pelbagaikan bahan. Jom cuba! ...

Masak Lemak Cili Padi Rebung Dengan Daging

Peminat rebung dan masak lemak cili padi boleh cuma masakan ini.  Memang sedap.  Rebung yang Cikla gunakan ialah rebung madu ambil terus dari pokok. Rebung segar ni tak berbau.  Boleh juga gunakan rebung jeruk tapi ada bau sikit la. Resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung dengan Daging (bahan-bahan ni boleh ubah sukatannya ikut korang ye, Cikla kongsikan ikut kuantiti yang Cikla masak) 1/2 kg daging (ambil yang ada urat bercampur isi) kelapa parut RM2 (boleh juga guna santan kotak) Satu batang rebung  (ikut kuantiti korang nak masak) 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 batang serai sehelai daun kunyit 7-9 cili padi (nak lebih pedas letak lebih) 2 cili hijau 2-3 hiris lengkuas 2-3 hiris halia asam keping gula & garam secukup rasa Cara penyediaan: - potong rebung dan rebus 2 kali (rebus sekali sampai air mendidih, buang air dan rebus sekali lagi).   Kalau guna rebung jeruk, tak perlu rebus. Rebung yang dah direbus, kalau tak nak mas...