Skip to main content

Mini Burger Snek Anak-anak

Mini Burger Snek Anak-anak


Anak-anak perlu diajar  untuk tidak mengambil makanan segera.   Cara mudah, kita sebagai ibubapa kenalah merajinkan diri menyediakan snek untuk anak-anak makan.  Cikla pun tidaklah rajin sangat tapi demi anak-anak, kena ringan tangan. Bantuan daripada suami adalah nilai tambah yang tidak terhingga.

Mini Burger

Biasanya bila sebut burger, mesti terbayang roti bulat ditengahnya ada lapisan daging/ayam, salad, keju, sos dan macam-macam lagi.  Tapi korang boleh je sediakan burger dengan roti biasa.  Ni cara Cikla.

Isi ayam - dicincang agak halus
Roti gardenia empat segi
Telur
Sedikit tepung jagung
Sedikit tepung gandum
Daun bawang dicincang halus
Lada hitam kisar
Sedikit garam

Caranya juga mudah.

Isi ayam cincang digaul dengan tepung jagung, tepung gandum dan masukkan juga daun bawang dicincang halus serta lada hitam kisar.  Gaul rata sampai boleh dikepal. Panaskan kuali leper dan korang boleh gril/bakar isi ayam ini mengikut bentuk yang sesuai. Bulat-bulat dan leperkan paling mudah kan!

Telur korang pecahkan dan masakkan jadi telur hancur.

Lepas tu, korang boleh bakarkan roti sedikit dan susunlah isi ayam tadi dengan telur hancur. Letak sedikit sos atau mayonis kalau suka.

Dah siap ! Boleh buat bekalan ke sekolah dan minum petang.

snek untuk anak, bekal, bento, minum petang
Paling mudah.  Isi ayam tu kalau korang rajin boleh je buat banyak dan frozenkan.

snek untuk anak, bekal, bento, minum petang

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Nasi Daging Air Asam

Semalam sempena cuti Hari Malaysia berkesempatan buat Nasi Daging .  Mudah je nak sediakan.  Makan nasi daging dengan air asam - memang terkenal di utara ni. Cara mudah nak sediakan nasi daging ni akak gunakan, rempah Nasi Daging Iman. Nasi Daging Nasi: 3-4 cawan beras. Boleh guna beras basmathi, beras biasa pun boleh. Akak guna beras pra boil je . 1 paket rempah nasi daging Iman Basuh beras dan penyediaan nasi, ikut sahaja arahan di paket rempah. Daging: 1) Sekilo daging bahagian isi dan sedikit lemak/urat - potong ketul. Basuh bersih. 2) Rebus daging dengan halia (seinci lebih- ketukkan) - guna pressure cooker cepat sikit. Seelok daging empuk ketepikan.  Air rebusan boleh guna untuk masak nasi. Bila nasi dah kering, boleh campurkan dan susun daging dengan nasi. Masukkan daun pandan bagi wangi bau nasi - lebih menyelerakan. Ada juga yang tidak mencampurkan daging rebus dengan nasi, tapi kami lebih suka campur sekali lebih mesra rasa. Air ...

Masak Ikan Pari Air Asam

Antara ikan yang Cikla suka ialah ikan pari. Selain daripada masak asam pedas, ikan pari ni boleh juga jadi masakan yang paling mudah iaiut Pari Rebus Air Asam . Untuk rujukan, Cikla share resepi yang simple dan mudah. Resepi Ikan Pari Rebus Air Asam Beberapa potong ikan pari ( ikan kembung pun boleh juga) - pastikan ikan segar baru rasa dia mantap pes asam jawa belacan bakar (sebesar ibu jari) hirisan bawang besar hirisan tomato hirisan cili padi perahan air limau nipis gula dan garam secukup rasa Nak buatnya senang.  Rebus ikan tu. Agak-agak dah masak, masukkan pes asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, cili padi, air perahan limau dan garam serta gula.  Kacau-kacau dan rasa masin, masam, manis ikut selera korang.  Pastikan ikan terendam sikit dalam kuah dan lepas tu bolehlah dihidangkan panas-panas. Selain daripada ikan, boleh juga rebus telur dan gaulkan dengan air asam ini.  Mudah kan. Satu cara  boleh pelbagaikan bahan. Jom cuba! ...

Masak Lemak Cili Padi Rebung Dengan Daging

Peminat rebung dan masak lemak cili padi boleh cuma masakan ini.  Memang sedap.  Rebung yang Cikla gunakan ialah rebung madu ambil terus dari pokok. Rebung segar ni tak berbau.  Boleh juga gunakan rebung jeruk tapi ada bau sikit la. Resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung dengan Daging (bahan-bahan ni boleh ubah sukatannya ikut korang ye, Cikla kongsikan ikut kuantiti yang Cikla masak) 1/2 kg daging (ambil yang ada urat bercampur isi) kelapa parut RM2 (boleh juga guna santan kotak) Satu batang rebung  (ikut kuantiti korang nak masak) 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 batang serai sehelai daun kunyit 7-9 cili padi (nak lebih pedas letak lebih) 2 cili hijau 2-3 hiris lengkuas 2-3 hiris halia asam keping gula & garam secukup rasa Cara penyediaan: - potong rebung dan rebus 2 kali (rebus sekali sampai air mendidih, buang air dan rebus sekali lagi).   Kalau guna rebung jeruk, tak perlu rebus. Rebung yang dah direbus, kalau tak nak mas...