Skip to main content

Popia Goreng Isi Ketam

Popia Goreng Berinti Ketam


Sesekali melayan keluarga dengan hidangan simple untuk minum petang. Untuk menyediakannya juga sangat mudah asalkan bahan-bahan ada.


resepi popia, resepi popia rangup, hidangan minum petang



Bahan-bahannya

1 paket kulit popia - beli sahaja di pasaraya ada macam-macam keluaran dan saiz.
1 paket isi ketam frozen - dalam pack ni ada 16 batang, akak guna separuh aje.
1 biji sengkuang - sederhana besar
1 batang karot
1 peket serbuk nasi goreng cina
1 biji telur-- gunakan putih telur sebagai gam

Cara menyedia :

Isi ketam korang hiris panjang-panjang.  Sengkuang dan karot pun hiris panjang-panjang juga.  Lepas hiris, sengkuang dan karot korang gaulkan sekali.  Kalau suka lebih sengkuang masuklah lebih, begitu juga dengan karot.  Boleh juga masukkan taugeh kalau suka.

Selepas semua sedia, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak - dalam setengah sudu besar sahaja. Tak guna minyak pun tak apa.  Masukkan isi ketam dan biarkan sebentar.  Masukkan serbuk nasi goreng cina (Cikla guna yang serbuk, tak pernah cuba lagi guna yang pes). Gaul-gaulkan dan masukkan sengkuang serta karot.  Gaulkan dan biarkan semuanya agak layu dan lembut.

Dah siap intinya. Biarkan sejuk sekejap, sambil tu bolehlah sediakan tempat untuk mula menggulung popia. Telur putih digunakan sebagai gam kulit popia selepas isi inti dan gulung.  Boleh juga gunakan air sahaja sebagai pelekat. 

Lepas siap bolehlah mula menggoreng.  Pastikan minyak panas supaya tak perlu goreng lama sebab kulit popia cepat garing.  Siap semua, boleh makan.  Cicah dengan sos thai pun sedap tau.

Mudah sangat. Cubalah yer !

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Nasi Daging Air Asam

Semalam sempena cuti Hari Malaysia berkesempatan buat Nasi Daging .  Mudah je nak sediakan.  Makan nasi daging dengan air asam - memang terkenal di utara ni. Cara mudah nak sediakan nasi daging ni akak gunakan, rempah Nasi Daging Iman. Nasi Daging Nasi: 3-4 cawan beras. Boleh guna beras basmathi, beras biasa pun boleh. Akak guna beras pra boil je . 1 paket rempah nasi daging Iman Basuh beras dan penyediaan nasi, ikut sahaja arahan di paket rempah. Daging: 1) Sekilo daging bahagian isi dan sedikit lemak/urat - potong ketul. Basuh bersih. 2) Rebus daging dengan halia (seinci lebih- ketukkan) - guna pressure cooker cepat sikit. Seelok daging empuk ketepikan.  Air rebusan boleh guna untuk masak nasi. Bila nasi dah kering, boleh campurkan dan susun daging dengan nasi. Masukkan daun pandan bagi wangi bau nasi - lebih menyelerakan. Ada juga yang tidak mencampurkan daging rebus dengan nasi, tapi kami lebih suka campur sekali lebih mesra rasa. Air ...

Masak Ikan Pari Air Asam

Antara ikan yang Cikla suka ialah ikan pari. Selain daripada masak asam pedas, ikan pari ni boleh juga jadi masakan yang paling mudah iaiut Pari Rebus Air Asam . Untuk rujukan, Cikla share resepi yang simple dan mudah. Resepi Ikan Pari Rebus Air Asam Beberapa potong ikan pari ( ikan kembung pun boleh juga) - pastikan ikan segar baru rasa dia mantap pes asam jawa belacan bakar (sebesar ibu jari) hirisan bawang besar hirisan tomato hirisan cili padi perahan air limau nipis gula dan garam secukup rasa Nak buatnya senang.  Rebus ikan tu. Agak-agak dah masak, masukkan pes asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, cili padi, air perahan limau dan garam serta gula.  Kacau-kacau dan rasa masin, masam, manis ikut selera korang.  Pastikan ikan terendam sikit dalam kuah dan lepas tu bolehlah dihidangkan panas-panas. Selain daripada ikan, boleh juga rebus telur dan gaulkan dengan air asam ini.  Mudah kan. Satu cara  boleh pelbagaikan bahan. Jom cuba! ...

Masak Lemak Cili Padi Rebung Dengan Daging

Peminat rebung dan masak lemak cili padi boleh cuma masakan ini.  Memang sedap.  Rebung yang Cikla gunakan ialah rebung madu ambil terus dari pokok. Rebung segar ni tak berbau.  Boleh juga gunakan rebung jeruk tapi ada bau sikit la. Resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung dengan Daging (bahan-bahan ni boleh ubah sukatannya ikut korang ye, Cikla kongsikan ikut kuantiti yang Cikla masak) 1/2 kg daging (ambil yang ada urat bercampur isi) kelapa parut RM2 (boleh juga guna santan kotak) Satu batang rebung  (ikut kuantiti korang nak masak) 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 batang serai sehelai daun kunyit 7-9 cili padi (nak lebih pedas letak lebih) 2 cili hijau 2-3 hiris lengkuas 2-3 hiris halia asam keping gula & garam secukup rasa Cara penyediaan: - potong rebung dan rebus 2 kali (rebus sekali sampai air mendidih, buang air dan rebus sekali lagi).   Kalau guna rebung jeruk, tak perlu rebus. Rebung yang dah direbus, kalau tak nak mas...