Skip to main content

Sup Cendawan Lemak Berkrim

Cikla suka makan sup cendawan.  Kalau suka makan kena belajar cara buat sendiri. Jom Cikla kongsikan cara Cikla sediakan sup cendawan cara Cikla.


Sup Cendawan Lemak Berkrim


resepi sup cendawan berkrim, sup cendawan shitake, sup cendawan sedap
Semangkuk kecil sos cendawan.  Bertambah-tambah makan sambil cicah dengan roti bakar.


Bahan-bahan :

Bawang putih
Cendawan shitake / cendawan tiram / cendawan butang - gunalah mana-mana cendawan pun.
Sos cream mushroom - 1 tin
Serbuk cream cendawan - 1 pek
air
susu segar
butter
Italian herb / serbuk oregano


Cara penyediaan :

Caranya mudah saja. Ambil 2-3 ulas bawang putih, korang cincang halus. Panaskan  sesudu butter dan tumis bawang putih sekejap.  Masukkan cendawan. Masukkan sedikit air, biarkan merenek sekejap.

Tak perlu lama agak-agak dalam 5 min cukup dan padamkan api. Yang ni Cikla gunakan cendawan shitake.  Kalau nak buat makan sendiri cukuplah 10  butir cendawan shitake ni. Kalau guna cendawan tiram ambil dalam segenggam. Sukatan ini adalah untuk menggunakan 1 tin cream mushroom tadi.

Cendawan yang telah ditumis ni tadi, masukkan ke dalam blender dan blend sampai lumat. Kalau nak rasa cendawan masa korang makan, boleh kisar sedikit kasar.

Masukkan dalam pengisar.  Lepas kisar, masukkan semula ke dalam periuk, dan masukkan juga serbuk cream mushroom, cream mushroom 1 tin, secawan susu segar (tak masuk pun tak apa), air ikut kepekatan yang korang nak.  Jangan lupa sedikit garam dan taburkan italian herbs untuk bau yang lebih menarik

Campurkan semua dalam periuk dan panaskan api perlahan. Sambil tu kacau-kacaukan supaya tidak berketul.  Rasanya adalah lebih menarik dah macam makan kat pizza hut pulak.

Boleh hidangkan dengan ayam gril, jagung rebus dan lain-lain padanan yang dirasakan sesuai.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Nasi Daging Air Asam

Semalam sempena cuti Hari Malaysia berkesempatan buat Nasi Daging .  Mudah je nak sediakan.  Makan nasi daging dengan air asam - memang terkenal di utara ni. Cara mudah nak sediakan nasi daging ni akak gunakan, rempah Nasi Daging Iman. Nasi Daging Nasi: 3-4 cawan beras. Boleh guna beras basmathi, beras biasa pun boleh. Akak guna beras pra boil je . 1 paket rempah nasi daging Iman Basuh beras dan penyediaan nasi, ikut sahaja arahan di paket rempah. Daging: 1) Sekilo daging bahagian isi dan sedikit lemak/urat - potong ketul. Basuh bersih. 2) Rebus daging dengan halia (seinci lebih- ketukkan) - guna pressure cooker cepat sikit. Seelok daging empuk ketepikan.  Air rebusan boleh guna untuk masak nasi. Bila nasi dah kering, boleh campurkan dan susun daging dengan nasi. Masukkan daun pandan bagi wangi bau nasi - lebih menyelerakan. Ada juga yang tidak mencampurkan daging rebus dengan nasi, tapi kami lebih suka campur sekali lebih mesra rasa. Air ...

Masak Ikan Pari Air Asam

Antara ikan yang Cikla suka ialah ikan pari. Selain daripada masak asam pedas, ikan pari ni boleh juga jadi masakan yang paling mudah iaiut Pari Rebus Air Asam . Untuk rujukan, Cikla share resepi yang simple dan mudah. Resepi Ikan Pari Rebus Air Asam Beberapa potong ikan pari ( ikan kembung pun boleh juga) - pastikan ikan segar baru rasa dia mantap pes asam jawa belacan bakar (sebesar ibu jari) hirisan bawang besar hirisan tomato hirisan cili padi perahan air limau nipis gula dan garam secukup rasa Nak buatnya senang.  Rebus ikan tu. Agak-agak dah masak, masukkan pes asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, cili padi, air perahan limau dan garam serta gula.  Kacau-kacau dan rasa masin, masam, manis ikut selera korang.  Pastikan ikan terendam sikit dalam kuah dan lepas tu bolehlah dihidangkan panas-panas. Selain daripada ikan, boleh juga rebus telur dan gaulkan dengan air asam ini.  Mudah kan. Satu cara  boleh pelbagaikan bahan. Jom cuba! ...

Masak Lemak Cili Padi Rebung Dengan Daging

Peminat rebung dan masak lemak cili padi boleh cuma masakan ini.  Memang sedap.  Rebung yang Cikla gunakan ialah rebung madu ambil terus dari pokok. Rebung segar ni tak berbau.  Boleh juga gunakan rebung jeruk tapi ada bau sikit la. Resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung dengan Daging (bahan-bahan ni boleh ubah sukatannya ikut korang ye, Cikla kongsikan ikut kuantiti yang Cikla masak) 1/2 kg daging (ambil yang ada urat bercampur isi) kelapa parut RM2 (boleh juga guna santan kotak) Satu batang rebung  (ikut kuantiti korang nak masak) 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 batang serai sehelai daun kunyit 7-9 cili padi (nak lebih pedas letak lebih) 2 cili hijau 2-3 hiris lengkuas 2-3 hiris halia asam keping gula & garam secukup rasa Cara penyediaan: - potong rebung dan rebus 2 kali (rebus sekali sampai air mendidih, buang air dan rebus sekali lagi).   Kalau guna rebung jeruk, tak perlu rebus. Rebung yang dah direbus, kalau tak nak mas...