Skip to main content

Cucur Udang Utara

Cucur Udang Utara


Suka makan cucur udang?....kat belah utara ni cucur udang biasanya ada dalam pasembur di mana campuran dengan potongan timun, sengkuang, tokua goreng, telur rebus goreng dan taugeh.  Cara penyediaannya juga tidak susah.

cucur udang rangup, resepi cucur udang simple



Bahan-bahan:

Tepung gandum (ikut banyak mana yang diperlukan)
Taugeh
Daun kucai (potong-potongkan)
Bawang besar (hiriskan)
Secubit baking powder
Garam secukup rasa
Udang sederhana besar
Minyak untuk menggoreng

Cara  penyediaan:

Panaskan minyak dalam kuali.

* biasanya untuk kuih bergoreng, Cikla suka panaskan minyak terlebih dahulu sementara menyediakan bahan menggoreng.  Tujuannya ialah bila bahan siap, minyak pun dah panas jadi tak perlu buang masa tunggu minyak panas.

Bancuhkan tepung dengan air. Masukkan bahan-bahan yang disebut tadi kecuali udang.  Kelikatan bancuhan - jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair.  Bila bancuhan dah sedia, sebelum masukkan dalam kuali, korang letaklah seekor udang di atas setiap ketulan cucur udang tu.

cucur udang rangup, resepi cucur udang simple


Untuk bagi saiz cucur udang yang sama, Cikla gunakan senduk yang dipanaskan terlebih dahulu.  Celupkan senduk tadi dalam minyak panas.  Kalau senduk cukup panas, in syaAllah adunan tak melekat dan keluar dengan cantik sekali.

Bila dah masuk kuali, korang balik-balikkan lah supaya masak secara sama rata.  Cucur udang ni best kalau dapat makan dengan kuah kacang.  Kalau takde kuah kacang, guna sos pun sedap.

cucur udang rangup, resepi cucur udang simple


Boleh buat minum petang sambil sembang-sembang dengan famili. Cubalah ye !

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Nasi Daging Air Asam

Semalam sempena cuti Hari Malaysia berkesempatan buat Nasi Daging .  Mudah je nak sediakan.  Makan nasi daging dengan air asam - memang terkenal di utara ni. Cara mudah nak sediakan nasi daging ni akak gunakan, rempah Nasi Daging Iman. Nasi Daging Nasi: 3-4 cawan beras. Boleh guna beras basmathi, beras biasa pun boleh. Akak guna beras pra boil je . 1 paket rempah nasi daging Iman Basuh beras dan penyediaan nasi, ikut sahaja arahan di paket rempah. Daging: 1) Sekilo daging bahagian isi dan sedikit lemak/urat - potong ketul. Basuh bersih. 2) Rebus daging dengan halia (seinci lebih- ketukkan) - guna pressure cooker cepat sikit. Seelok daging empuk ketepikan.  Air rebusan boleh guna untuk masak nasi. Bila nasi dah kering, boleh campurkan dan susun daging dengan nasi. Masukkan daun pandan bagi wangi bau nasi - lebih menyelerakan. Ada juga yang tidak mencampurkan daging rebus dengan nasi, tapi kami lebih suka campur sekali lebih mesra rasa. Air ...

Masak Ikan Pari Air Asam

Antara ikan yang Cikla suka ialah ikan pari. Selain daripada masak asam pedas, ikan pari ni boleh juga jadi masakan yang paling mudah iaiut Pari Rebus Air Asam . Untuk rujukan, Cikla share resepi yang simple dan mudah. Resepi Ikan Pari Rebus Air Asam Beberapa potong ikan pari ( ikan kembung pun boleh juga) - pastikan ikan segar baru rasa dia mantap pes asam jawa belacan bakar (sebesar ibu jari) hirisan bawang besar hirisan tomato hirisan cili padi perahan air limau nipis gula dan garam secukup rasa Nak buatnya senang.  Rebus ikan tu. Agak-agak dah masak, masukkan pes asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, cili padi, air perahan limau dan garam serta gula.  Kacau-kacau dan rasa masin, masam, manis ikut selera korang.  Pastikan ikan terendam sikit dalam kuah dan lepas tu bolehlah dihidangkan panas-panas. Selain daripada ikan, boleh juga rebus telur dan gaulkan dengan air asam ini.  Mudah kan. Satu cara  boleh pelbagaikan bahan. Jom cuba! ...

Masak Lemak Cili Padi Rebung Dengan Daging

Peminat rebung dan masak lemak cili padi boleh cuma masakan ini.  Memang sedap.  Rebung yang Cikla gunakan ialah rebung madu ambil terus dari pokok. Rebung segar ni tak berbau.  Boleh juga gunakan rebung jeruk tapi ada bau sikit la. Resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung dengan Daging (bahan-bahan ni boleh ubah sukatannya ikut korang ye, Cikla kongsikan ikut kuantiti yang Cikla masak) 1/2 kg daging (ambil yang ada urat bercampur isi) kelapa parut RM2 (boleh juga guna santan kotak) Satu batang rebung  (ikut kuantiti korang nak masak) 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 batang serai sehelai daun kunyit 7-9 cili padi (nak lebih pedas letak lebih) 2 cili hijau 2-3 hiris lengkuas 2-3 hiris halia asam keping gula & garam secukup rasa Cara penyediaan: - potong rebung dan rebus 2 kali (rebus sekali sampai air mendidih, buang air dan rebus sekali lagi).   Kalau guna rebung jeruk, tak perlu rebus. Rebung yang dah direbus, kalau tak nak mas...