Kek Batik adalah antara kek yang paling senang untuk disediakan. Siapkan bahan-bahan, anak-anakpun boleh buat sendiri.
Bahan-bahan
2 cawan milo
1 buku butter
1 bungkus biskut marie
1/2 tin susu pekat
Cara penyediaannya :
Cairkan butter, masukkan susu pekat, masukkan milo. Kacau sampai cair dan tidak berketul-ketul milonya. Biskut marie tadi terlebih dahulu dipatah-patahkan kepada 4 bahagian. Kalau rasa kecil, patah dua sahaja. Cikla campur-campurkan, ada yang patah dua, ada yang patah empat. Susu pekat terpulang pada korang, nak manis masukkan lebih sedikit. Sukatan yang Cikla guna ni pada Cikla dah sedang elok je manisnya.
Lepas campuran dah sebati, masukkan biskut yang korang dah patah-patahkan tadi. Kacaulah bagi rata. Sediakan bekas untuk isi campuran tadi. Kalau nak senang potong, bekas tu korang lapikkan dahulu dengan plastik, kemudian curahkan campuran tadi dan tekan-tekanlah bagi rata. Dah siapkan masukkan dalam peti ais semalaman atau 4-5 jam. Dah boleh potong.
Senang kan. Jom cuba!
Resepi Kek Batik Milo

Resepi paling mudah. Anak-anak Ruby suka kek batik ni :)
ReplyDelete