Skip to main content

Kek Batik Milo

Kek Batik adalah antara kek yang paling senang untuk disediakan.  Siapkan bahan-bahan, anak-anakpun boleh buat sendiri.

Resepi Kek Batik Milo

resepi kek batik milo, kek batik rangup, kek batik mudah disediakan


Bahan-bahan 

2 cawan milo
1 buku butter
1 bungkus biskut marie
1/2 tin susu pekat

Cara penyediaannya :

Cairkan butter, masukkan susu pekat, masukkan milo. Kacau sampai cair dan tidak berketul-ketul milonya.  Biskut marie tadi terlebih dahulu dipatah-patahkan kepada 4 bahagian. Kalau rasa kecil, patah dua sahaja.  Cikla campur-campurkan, ada yang patah dua, ada yang patah empat.  Susu pekat terpulang pada korang, nak manis masukkan lebih sedikit.  Sukatan yang Cikla guna ni pada Cikla dah sedang elok je manisnya.

Lepas campuran dah sebati, masukkan biskut yang korang dah patah-patahkan tadi.  Kacaulah bagi rata.  Sediakan bekas untuk isi campuran tadi.  Kalau nak senang potong, bekas tu korang lapikkan dahulu dengan plastik, kemudian curahkan campuran tadi dan tekan-tekanlah bagi rata. Dah siapkan masukkan dalam peti ais semalaman atau 4-5 jam.  Dah boleh potong.

Senang kan. Jom cuba!

Comments

  1. Resepi paling mudah. Anak-anak Ruby suka kek batik ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi Nasi Daging Air Asam

Semalam sempena cuti Hari Malaysia berkesempatan buat Nasi Daging .  Mudah je nak sediakan.  Makan nasi daging dengan air asam - memang terkenal di utara ni. Cara mudah nak sediakan nasi daging ni akak gunakan, rempah Nasi Daging Iman. Nasi Daging Nasi: 3-4 cawan beras. Boleh guna beras basmathi, beras biasa pun boleh. Akak guna beras pra boil je . 1 paket rempah nasi daging Iman Basuh beras dan penyediaan nasi, ikut sahaja arahan di paket rempah. Daging: 1) Sekilo daging bahagian isi dan sedikit lemak/urat - potong ketul. Basuh bersih. 2) Rebus daging dengan halia (seinci lebih- ketukkan) - guna pressure cooker cepat sikit. Seelok daging empuk ketepikan.  Air rebusan boleh guna untuk masak nasi. Bila nasi dah kering, boleh campurkan dan susun daging dengan nasi. Masukkan daun pandan bagi wangi bau nasi - lebih menyelerakan. Ada juga yang tidak mencampurkan daging rebus dengan nasi, tapi kami lebih suka campur sekali lebih mesra rasa. Air ...

Roti Daging Bakar

Masakan paling mudah bila nak cepat.  Roti adalah bahan yang perlu ada stok di rumah.  Macam-macam resepi boleh buat dengan roti ni, asalkan rajin untuk mencuba. Berkongsi di sini untuk rujukan sahabat, adik, rakan Cikla yang `rajin' macam Cikla. Resepi Roti Daging Bakar Bahan-bahan : Daging kisar (ikut banyak mana roti bakar yang perlu disediakan) Capsicum hijau dan kuning (merah pun boleh) - hiriskan Bawang holland - potong dadu Cili merah - potong kecil (kalau dah guna capsicum merah, tak perlulah cili merah lagi) 2-3 ulas bawang putih - cincang halus Sos tomato kimball (jenama lain pun boleh) sedikit cili kisar sedikit minyak Roti Telur (3-4 biji) - pukul bersama dengan sedikit serbuk lada hitam **bahan-bahan ini korang boleh sukat ikut banyak mana korang nak buat.  Buat lebih pun tak apa sebab inti daging ni boleh guna untuk menu yang lain juga. Caranya pun mudah: Tumis bawang putih sedikit, masukkan bawang holland.  Masukkan daging k...