Skip to main content

Kek Cheese Cream Cracker

Bila tiba-tiba rasa nak makan kek tapi stok bahan terhad dan korang pula rasa malas nak keluarkan perkakasan, mulalah cari resepi-resepi mudah asalkan keinginan nak makan kek tercapai.  Siapa ada perangai macam Cikla ni? 

Biasanya kat rumah memang sediaada stok serba sedikit untuk buat kek atau kuih muih yang mudah.  Cikla memang suka sediakan masakan yang mudah dan cepat untuk disediakan.  Tapi bila mood rajin memang macam-macam boleh terhasil.

Kali ni nak kongsi dengan korang, Kek Cheese Cream Cracker yang sangat mudah untuk disediakan.


resepi cheskut,kek cheese mudah, resepi kek mudah


Resepi Kek Cheese Cream Cracker.


Bahan-bahannya :

1 buku philadelphia creme cheese
1/4 tin susu pekat manis
1/2 biji perahan jus lemon

* kesemua bahan ni, diputar sehingga kembang

bisku cream cracker
susu segar/full cream/low fat milk

milo
nestum
oat chocolate (yg ni ikut suka, Cikla tak letak pun)

Cara-caranya :

Rendam seketika biskut cream crackers dalam susu segar tadi.  Susunkan biskut dalam bekas, sapukan adunan cream cheese, susu dan lemon tadi.  Sapuan nipis sahaja.  Taburkan milo, nestum dan oat chocolate. Ulang proses untuk 5 lapisan dan lapisanterakhir tebalkan sedikit lapisan cream cheesenya.  Simpan dalam peti ais selama 4-5 jam sebelum dipotong.

Mudahkan..tak perlu panaskan oven, tak sampai setengah jam boleh siap.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Nasi Daging Air Asam

Semalam sempena cuti Hari Malaysia berkesempatan buat Nasi Daging .  Mudah je nak sediakan.  Makan nasi daging dengan air asam - memang terkenal di utara ni. Cara mudah nak sediakan nasi daging ni akak gunakan, rempah Nasi Daging Iman. Nasi Daging Nasi: 3-4 cawan beras. Boleh guna beras basmathi, beras biasa pun boleh. Akak guna beras pra boil je . 1 paket rempah nasi daging Iman Basuh beras dan penyediaan nasi, ikut sahaja arahan di paket rempah. Daging: 1) Sekilo daging bahagian isi dan sedikit lemak/urat - potong ketul. Basuh bersih. 2) Rebus daging dengan halia (seinci lebih- ketukkan) - guna pressure cooker cepat sikit. Seelok daging empuk ketepikan.  Air rebusan boleh guna untuk masak nasi. Bila nasi dah kering, boleh campurkan dan susun daging dengan nasi. Masukkan daun pandan bagi wangi bau nasi - lebih menyelerakan. Ada juga yang tidak mencampurkan daging rebus dengan nasi, tapi kami lebih suka campur sekali lebih mesra rasa. Air ...

Masak Ikan Pari Air Asam

Antara ikan yang Cikla suka ialah ikan pari. Selain daripada masak asam pedas, ikan pari ni boleh juga jadi masakan yang paling mudah iaiut Pari Rebus Air Asam . Untuk rujukan, Cikla share resepi yang simple dan mudah. Resepi Ikan Pari Rebus Air Asam Beberapa potong ikan pari ( ikan kembung pun boleh juga) - pastikan ikan segar baru rasa dia mantap pes asam jawa belacan bakar (sebesar ibu jari) hirisan bawang besar hirisan tomato hirisan cili padi perahan air limau nipis gula dan garam secukup rasa Nak buatnya senang.  Rebus ikan tu. Agak-agak dah masak, masukkan pes asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, cili padi, air perahan limau dan garam serta gula.  Kacau-kacau dan rasa masin, masam, manis ikut selera korang.  Pastikan ikan terendam sikit dalam kuah dan lepas tu bolehlah dihidangkan panas-panas. Selain daripada ikan, boleh juga rebus telur dan gaulkan dengan air asam ini.  Mudah kan. Satu cara  boleh pelbagaikan bahan. Jom cuba! ...

Masak Lemak Cili Padi Rebung Dengan Daging

Peminat rebung dan masak lemak cili padi boleh cuma masakan ini.  Memang sedap.  Rebung yang Cikla gunakan ialah rebung madu ambil terus dari pokok. Rebung segar ni tak berbau.  Boleh juga gunakan rebung jeruk tapi ada bau sikit la. Resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung dengan Daging (bahan-bahan ni boleh ubah sukatannya ikut korang ye, Cikla kongsikan ikut kuantiti yang Cikla masak) 1/2 kg daging (ambil yang ada urat bercampur isi) kelapa parut RM2 (boleh juga guna santan kotak) Satu batang rebung  (ikut kuantiti korang nak masak) 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 batang serai sehelai daun kunyit 7-9 cili padi (nak lebih pedas letak lebih) 2 cili hijau 2-3 hiris lengkuas 2-3 hiris halia asam keping gula & garam secukup rasa Cara penyediaan: - potong rebung dan rebus 2 kali (rebus sekali sampai air mendidih, buang air dan rebus sekali lagi).   Kalau guna rebung jeruk, tak perlu rebus. Rebung yang dah direbus, kalau tak nak mas...