Skip to main content

Resepi Apam Balik

Antara kuih yang Cikla suka beli bila singgah di mana-mana pasar malam ialah apam balik. Kalau kena gaya penyediaannya memang boleh makan bersambung-sambung.  Bila makanan yang kita suka, pelan-pelan kenalah belajar buat sendiri - pesan arwah bonda.

Kemudahan google, cari saja resepi yang berkenan dan cuba.  Bila dah menjadi, bolehlah cuba cara sendiri. Yang penting sekali bila masak apapun anak-anak suka makan dan tak membazir.

Resepi Apam Balik


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sd teh soda bikarbonat
1 sd teh baking powder
1 bj telur
11/2 cawan air
sdkt mentega utk mengoles
bahan tabur kacang tanah
jagung tin - ikut suka nak letak banyak atau sedikit


Cara Penyediaan:

1. Mesin gula & telur sampai kembang
2. Masuk soda, baking, pewarna kuning (ikut suka nak  letak atau tidak, Cikla tak letak), air - mesin sebati
3. Masuk tepung - mesin sebati
4. Oles planta permukaan kuali non stick, tuang 1 senduk, nipiskan
5. Tabur sedikit gula, mentega, kacang tanah, jagung.
6. Lipat 2.

* kalau biasa beli dan tengok camna org jual tu buat, senang jer nak buat.


resepi apam balik tanpa susu, apam balik viral, apam balik sedap, resepi apam balik mudah

Hasilnya. Nampak tak menarik tapi rasanya sedap. Kalau guna acuan apam balik, tak nampaklah isi perutnya terkeluar.  Yang ni Cikla letak lebih jagung, tu yang nampak sampai meleleh keluar.

Mudah saja...cubalah !

Comments

Popular posts from this blog

Kek Batik Milo

Kek Batik adalah antara kek yang paling senang untuk disediakan.  Siapkan bahan-bahan, anak-anakpun boleh buat sendiri. Resepi Kek Batik Milo Bahan-bahan  2 cawan milo 1 buku butter 1 bungkus biskut marie 1/2 tin susu pekat Cara penyediaannya : Cairkan butter, masukkan susu pekat, masukkan milo. Kacau sampai cair dan tidak berketul-ketul milonya.  Biskut marie tadi terlebih dahulu dipatah-patahkan kepada 4 bahagian. Kalau rasa kecil, patah dua sahaja.  Cikla campur-campurkan, ada yang patah dua, ada yang patah empat.  Susu pekat terpulang pada korang, nak manis masukkan lebih sedikit.  Sukatan yang Cikla guna ni pada Cikla dah sedang elok je manisnya. Lepas campuran dah sebati, masukkan biskut yang korang dah patah-patahkan tadi.  Kacaulah bagi rata.  Sediakan bekas untuk isi campuran tadi.  Kalau nak senang potong, bekas tu korang lapikkan dahulu dengan plastik, kemudian curahkan campuran tadi dan tekan-tekanlah bagi ra...

Resepi Nasi Daging Air Asam

Semalam sempena cuti Hari Malaysia berkesempatan buat Nasi Daging .  Mudah je nak sediakan.  Makan nasi daging dengan air asam - memang terkenal di utara ni. Cara mudah nak sediakan nasi daging ni akak gunakan, rempah Nasi Daging Iman. Nasi Daging Nasi: 3-4 cawan beras. Boleh guna beras basmathi, beras biasa pun boleh. Akak guna beras pra boil je . 1 paket rempah nasi daging Iman Basuh beras dan penyediaan nasi, ikut sahaja arahan di paket rempah. Daging: 1) Sekilo daging bahagian isi dan sedikit lemak/urat - potong ketul. Basuh bersih. 2) Rebus daging dengan halia (seinci lebih- ketukkan) - guna pressure cooker cepat sikit. Seelok daging empuk ketepikan.  Air rebusan boleh guna untuk masak nasi. Bila nasi dah kering, boleh campurkan dan susun daging dengan nasi. Masukkan daun pandan bagi wangi bau nasi - lebih menyelerakan. Ada juga yang tidak mencampurkan daging rebus dengan nasi, tapi kami lebih suka campur sekali lebih mesra rasa. Air ...

Masak Lemak Cili Padi Rebung Dengan Daging

Peminat rebung dan masak lemak cili padi boleh cuma masakan ini.  Memang sedap.  Rebung yang Cikla gunakan ialah rebung madu ambil terus dari pokok. Rebung segar ni tak berbau.  Boleh juga gunakan rebung jeruk tapi ada bau sikit la. Resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung dengan Daging (bahan-bahan ni boleh ubah sukatannya ikut korang ye, Cikla kongsikan ikut kuantiti yang Cikla masak) 1/2 kg daging (ambil yang ada urat bercampur isi) kelapa parut RM2 (boleh juga guna santan kotak) Satu batang rebung  (ikut kuantiti korang nak masak) 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 batang serai sehelai daun kunyit 7-9 cili padi (nak lebih pedas letak lebih) 2 cili hijau 2-3 hiris lengkuas 2-3 hiris halia asam keping gula & garam secukup rasa Cara penyediaan: - potong rebung dan rebus 2 kali (rebus sekali sampai air mendidih, buang air dan rebus sekali lagi).   Kalau guna rebung jeruk, tak perlu rebus. Rebung yang dah direbus, kalau tak nak mas...