Skip to main content

Roti Daging Bakar

Masakan paling mudah bila nak cepat.  Roti adalah bahan yang perlu ada stok di rumah.  Macam-macam resepi boleh buat dengan roti ni, asalkan rajin untuk mencuba. Berkongsi di sini untuk rujukan sahabat, adik, rakan Cikla yang `rajin' macam Cikla.

Resepi Roti Daging Bakar

resepi berasaskan daging, resepi berasaskan roti, resepi pelbagai roti, roti mudah


Bahan-bahan :

Daging kisar (ikut banyak mana roti bakar yang perlu disediakan)
Capsicum hijau dan kuning (merah pun boleh) - hiriskan
Bawang holland - potong dadu
Cili merah - potong kecil (kalau dah guna capsicum merah, tak perlulah cili merah lagi)
2-3 ulas bawang putih - cincang halus
Sos tomato kimball (jenama lain pun boleh)
sedikit cili kisar
sedikit minyak
Roti
Telur (3-4 biji) - pukul bersama dengan sedikit serbuk lada hitam

**bahan-bahan ini korang boleh sukat ikut banyak mana korang nak buat.  Buat lebih pun tak apa sebab inti daging ni boleh guna untuk menu yang lain juga.


Caranya pun mudah:

Tumis bawang putih sedikit, masukkan bawang holland.  Masukkan daging kisar. Biarkan sekejap agak-agak kering air daging. Masukkan cili kisar dan sos tomato.  Jangan lupa sedikit garam. Rasalah masam masinnya.  Agak-agak daging masak masukkan capsicum tadi. Gaul rata, padam api dan letak tepi sekejap.

resepi berasaskan daging, resepi berasaskan roti, resepi pelbagai roti, roti mudah
Inti daging yang telah dimasak. 


Menu ni kena bakar so kenalah ada oven. Kalau takde oven korang boleh guna kuali ajaib tu. Kalau takde kuali ajaib, guna pan masak atas dapur pun boleh tapi kenalah rajin jaga   jangan sampai rentung. Untuk yang guna oven,  panaskan oven korang pada suhu 175-200 darjah celcius.

Ambil bekas pembakar.  Letak roti di bahagian bawah. Lepas tu lapiskan dengan daging yang korang dah masak tadi.  Curahkan telur agak-agaklah tak perlu banyak sangat.  Lapik bahagian atas dengan roti semula. Atas roti tu korang boleh taburkan cheese kalau nak. Atau korang boleh sapukan butter. Ikut suka.  Lepas tu masukkan dalam oven.  Bakar dalam 15 minit ikut lah oven masing-masing. Cikla guna 5 minit api atas bawah, 5 minit api atas sahaja dan 5 minit lagi api bawah sahaja.

Dah siap. Cubalah ye !


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kek Batik Milo

Kek Batik adalah antara kek yang paling senang untuk disediakan.  Siapkan bahan-bahan, anak-anakpun boleh buat sendiri. Resepi Kek Batik Milo Bahan-bahan  2 cawan milo 1 buku butter 1 bungkus biskut marie 1/2 tin susu pekat Cara penyediaannya : Cairkan butter, masukkan susu pekat, masukkan milo. Kacau sampai cair dan tidak berketul-ketul milonya.  Biskut marie tadi terlebih dahulu dipatah-patahkan kepada 4 bahagian. Kalau rasa kecil, patah dua sahaja.  Cikla campur-campurkan, ada yang patah dua, ada yang patah empat.  Susu pekat terpulang pada korang, nak manis masukkan lebih sedikit.  Sukatan yang Cikla guna ni pada Cikla dah sedang elok je manisnya. Lepas campuran dah sebati, masukkan biskut yang korang dah patah-patahkan tadi.  Kacaulah bagi rata.  Sediakan bekas untuk isi campuran tadi.  Kalau nak senang potong, bekas tu korang lapikkan dahulu dengan plastik, kemudian curahkan campuran tadi dan tekan-tekanlah bagi rata. Dah siapkan masukkan dalam peti ais sema

Masak Ikan Pari Air Asam

Antara ikan yang Cikla suka ialah ikan pari. Selain daripada masak asam pedas, ikan pari ni boleh juga jadi masakan yang paling mudah iaiut Pari Rebus Air Asam . Untuk rujukan, Cikla share resepi yang simple dan mudah. Resepi Ikan Pari Rebus Air Asam Beberapa potong ikan pari ( ikan kembung pun boleh juga) - pastikan ikan segar baru rasa dia mantap pes asam jawa belacan bakar (sebesar ibu jari) hirisan bawang besar hirisan tomato hirisan cili padi perahan air limau nipis gula dan garam secukup rasa Nak buatnya senang.  Rebus ikan tu. Agak-agak dah masak, masukkan pes asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, cili padi, air perahan limau dan garam serta gula.  Kacau-kacau dan rasa masin, masam, manis ikut selera korang.  Pastikan ikan terendam sikit dalam kuah dan lepas tu bolehlah dihidangkan panas-panas. Selain daripada ikan, boleh juga rebus telur dan gaulkan dengan air asam ini.  Mudah kan. Satu cara  boleh pelbagaikan bahan. Jom cuba!

Resepi Nasi Daging Air Asam

Semalam sempena cuti Hari Malaysia berkesempatan buat Nasi Daging .  Mudah je nak sediakan.  Makan nasi daging dengan air asam - memang terkenal di utara ni. Cara mudah nak sediakan nasi daging ni akak gunakan, rempah Nasi Daging Iman. Nasi Daging Nasi: 3-4 cawan beras. Boleh guna beras basmathi, beras biasa pun boleh. Akak guna beras pra boil je . 1 paket rempah nasi daging Iman Basuh beras dan penyediaan nasi, ikut sahaja arahan di paket rempah. Daging: 1) Sekilo daging bahagian isi dan sedikit lemak/urat - potong ketul. Basuh bersih. 2) Rebus daging dengan halia (seinci lebih- ketukkan) - guna pressure cooker cepat sikit. Seelok daging empuk ketepikan.  Air rebusan boleh guna untuk masak nasi. Bila nasi dah kering, boleh campurkan dan susun daging dengan nasi. Masukkan daun pandan bagi wangi bau nasi - lebih menyelerakan. Ada juga yang tidak mencampurkan daging rebus dengan nasi, tapi kami lebih suka campur sekali lebih mesra rasa. Air Asam Pen