Semalam sempena cuti Hari Malaysia berkesempatan buat Nasi Daging . Mudah je nak sediakan. Makan nasi daging dengan air asam - memang terkenal di utara ni. Cara mudah nak sediakan nasi daging ni akak gunakan, rempah Nasi Daging Iman. Nasi Daging Nasi: 3-4 cawan beras. Boleh guna beras basmathi, beras biasa pun boleh. Akak guna beras pra boil je . 1 paket rempah nasi daging Iman Basuh beras dan penyediaan nasi, ikut sahaja arahan di paket rempah. Daging: 1) Sekilo daging bahagian isi dan sedikit lemak/urat - potong ketul. Basuh bersih. 2) Rebus daging dengan halia (seinci lebih- ketukkan) - guna pressure cooker cepat sikit. Seelok daging empuk ketepikan. Air rebusan boleh guna untuk masak nasi. Bila nasi dah kering, boleh campurkan dan susun daging dengan nasi. Masukkan daun pandan bagi wangi bau nasi - lebih menyelerakan. Ada juga yang tidak mencampurkan daging rebus dengan nasi, tapi kami lebih suka campur sekali lebih mesra rasa. Air Asam Pen
Kuih rengas atau sesetengah tempat dikenali sebagai kuih kacang atau kuih kasturi. Nak menyediakannya tidaklah susah. Cikla kongsikan cara Cikla sediakan kuih ini. Resepi Kuih Rengas atau Kuih Kasturi Kacang hijau Kelapa - yang ini optional, Cikla tak masukkan pun Gula melaka/ gula merah Gula pasir Tepung beras Kapur makan Garam Minyak untuk menggoreng *resepi ini Cikla tak sediakan sukatan bahan. Penyediaannya bergantung kepada banyak makan korang nak buat. Cara penyediaan: - rebus kacang hijau sehingga kembang. - bila dah kembang dan lembut, masukkan gula melaka. Cikla masukkan gula melaka 2 keping dan campuran gula merah serta gula pasir. Manisnya korang kena rasa. Jangan terlalu manis. - Masaklah sehingga kering dan likat. Nak tahu setakat mana kelikatannya, bila korang rasa sedikit berat bila mengacau. - Padamkan api dan biarkan ianya sejuk. (cikla suka makan begitu saja masa ni) - bila dah sejuk, bolehlah buat bulat-bulat dan leperkan. - bancu