Skip to main content

Posts

Kek Cheese Cream Cracker

Bila tiba-tiba rasa nak makan kek tapi stok bahan terhad dan korang pula rasa malas nak keluarkan perkakasan, mulalah cari resepi-resepi mudah asalkan keinginan nak makan kek tercapai.  Siapa ada perangai macam Cikla ni?  Biasanya kat rumah memang sediaada stok serba sedikit untuk buat kek atau kuih muih yang mudah.  Cikla memang suka sediakan masakan yang mudah dan cepat untuk disediakan.  Tapi bila mood rajin memang macam-macam boleh terhasil. Kali ni nak kongsi dengan korang, Kek Cheese Cream Cracker yang sangat mudah untuk disediakan. Resepi Kek Cheese Cream Cracker. Bahan-bahannya : 1 buku philadelphia creme cheese 1/4 tin susu pekat manis 1/2 biji perahan jus lemon * kesemua bahan ni, diputar sehingga kembang bisku cream cracker susu segar/full cream/low fat milk milo nestum oat chocolate (yg ni ikut suka, Cikla tak letak pun) Cara-caranya : Rendam seketika biskut cream crackers dalam susu segar tadi.  Susunkan biskut dalam ...

Kerabu Epal Pegaga Menu Diet Istimewa

Sesekali kita cuba menu sihat pulak.  Pada yang suka dengan menu diet, boleh cuba resepi ini.  Mudah disediakan dan yang pastinya sedap.  Resepi Kerabu Epal Pegaga Bahan-bahan:  Sebiji epal- hiris Sebiji tomato - hiris setengah biji bawang besar - hiris segenggam daun pegaga - ramas-ramaskan 1 sudu kecil cuka epal 1 sudu kecil madu sedikit garam & gula 1 sudu besar perahan limau nipis/lemon Campurkan semua bahan di dalam mangkuk yang sesuai dan gaulkan. Tips untuk elakkan hirisan epal menjadi hitam atau berubah warna, campurkan cepat-cepat air perahan limau nipis/lemon ke atas hirisan epal. Cubalah ye !

Resepi Apam Balik

Antara kuih yang Cikla suka beli bila singgah di mana-mana pasar malam ialah apam balik. Kalau kena gaya penyediaannya memang boleh makan bersambung-sambung.  Bila makanan yang kita suka, pelan-pelan kenalah belajar buat sendiri - pesan arwah bonda. Kemudahan google, cari saja resepi yang berkenan dan cuba.  Bila dah menjadi, bolehlah cuba cara sendiri. Yang penting sekali bila masak apapun anak-anak suka makan dan tak membazir. Resepi Apam Balik Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula 1 sd teh soda bikarbonat 1 sd teh baking powder 1 bj telur 11/2 cawan air sdkt mentega utk mengoles bahan tabur kacang tanah jagung tin - ikut suka nak letak banyak atau sedikit Cara Penyediaan: 1. Mesin gula & telur sampai kembang 2. Masuk soda, baking, pewarna kuning (ikut suka nak  letak atau tidak, Cikla tak letak), air - mesin sebati 3. Masuk tepung - mesin sebati 4. Oles planta permukaan kuali non stick, tuang 1 senduk, nipiskan 5. Tabur sedikit ...

Cucur Udang Utara

Cucur Udang Utara Suka makan cucur udang?....kat belah utara ni cucur udang biasanya ada dalam pasembur di mana campuran dengan potongan timun, sengkuang, tokua goreng, telur rebus goreng dan taugeh.  Cara penyediaannya juga tidak susah. Bahan-bahan: Tepung gandum (ikut banyak mana yang diperlukan) Taugeh Daun kucai (potong-potongkan) Bawang besar (hiriskan) Secubit baking powder Garam secukup rasa Udang sederhana besar Minyak untuk menggoreng Cara  penyediaan: Panaskan minyak dalam kuali. * biasanya untuk kuih bergoreng, Cikla suka panaskan minyak terlebih dahulu sementara menyediakan bahan menggoreng.  Tujuannya ialah bila bahan siap, minyak pun dah panas jadi tak perlu buang masa tunggu minyak panas. Bancuhkan tepung dengan air. Masukkan bahan-bahan yang disebut tadi kecuali udang.  Kelikatan bancuhan - jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair.  Bila bancuhan dah sedia, sebelum masukkan dalam kuali, korang letaklah seekor udang di ...

Bubur Jagung Nangka Manis

Simple resepi utk dishare.  Resepi asal bubur ni Cikla  tengok kat buku Dari Dapur Anis. Cikla olah sedikit mengikut citarasa dan selera sendiri.  Bubur Jagung Nangka Manis Bahan: 2 tongkol jagung manis sederhana besar (ambil biji-biji jagungnya sahaja) 2-3 ulas isi nangka - hiriskan 1 kotak santan 3-4 sudu besar biji sagu (kalau nak lebih pekat boleh masukkan lebih biji sagu) 1/2 ketul gula melaka (gula merah pun boleh) 2-3 helai daun pandan (basuh, ramas sikit2 & simpulkan) sedikit garam gula pasir - tambah sekiranya kurang manis (manis ni korang olah sendiri la) tepung jagung - sikit jer utk pekatkan kuah. Cara menyediakan: - masukkan semua bahan ke dalam satu periuk dan letak atas api perlahan. - kacau selalu - masukkan hirisan nangka - sekiranya kuahnya pekat, korang boleh campurkan air

Sup Cendawan Lemak Berkrim

Cikla suka makan sup cendawan.  Kalau suka makan kena belajar cara buat sendiri. Jom Cikla kongsikan cara Cikla sediakan sup cendawan cara Cikla. Sup Cendawan Lemak Berkrim Semangkuk kecil sos cendawan.  Bertambah-tambah makan sambil cicah dengan roti bakar. Bahan-bahan : Bawang putih Cendawan shitake / cendawan tiram / cendawan butang - gunalah mana-mana cendawan pun. Sos cream mushroom - 1 tin Serbuk cream cendawan - 1 pek air susu segar butter Italian herb / serbuk oregano Cara penyediaan : Caranya mudah saja. Ambil 2-3 ulas bawang putih, korang cincang halus. Panaskan  sesudu butter dan tumis bawang putih sekejap.  Masukkan cendawan. Masukkan sedikit air, biarkan merenek sekejap. Tak perlu lama agak-agak dalam 5 min cukup dan padamkan api. Yang ni Cikla gunakan cendawan shitake.  Kalau nak buat makan sendiri cukuplah 10  butir cendawan shitake ni. Kalau guna cendawan tiram ambil dalam segenggam. Sukatan ini adalah untuk me...

Popia Goreng Isi Ketam

Popia Goreng Berinti Ketam Sesekali melayan keluarga dengan hidangan simple untuk minum petang. Untuk menyediakannya juga sangat mudah asalkan bahan-bahan ada. Bahan-bahannya 1 paket kulit popia - beli sahaja di pasaraya ada macam-macam keluaran dan saiz. 1 paket isi ketam frozen - dalam pack ni ada 16 batang, akak guna separuh aje. 1 biji sengkuang - sederhana besar 1 batang karot 1 peket serbuk nasi goreng cina 1 biji telur-- gunakan putih telur sebagai gam Cara menyedia : Isi ketam korang hiris panjang-panjang.  Sengkuang dan karot pun hiris panjang-panjang juga.  Lepas hiris, sengkuang dan karot korang gaulkan sekali.  Kalau suka lebih sengkuang masuklah lebih, begitu juga dengan karot.  Boleh juga masukkan taugeh kalau suka. Selepas semua sedia, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak - dalam setengah sudu besar sahaja. Tak guna minyak pun tak apa.  Masukkan isi ketam dan biarkan sebentar.  Masukkan serbuk nasi goreng c...