Skip to main content

Posts

Kuih Rengas

Kuih rengas atau sesetengah tempat dikenali sebagai kuih kacang atau kuih kasturi.  Nak menyediakannya tidaklah susah. Cikla kongsikan cara Cikla sediakan kuih ini. Resepi Kuih Rengas atau Kuih Kasturi Kacang hijau Kelapa - yang ini optional, Cikla tak masukkan pun Gula melaka/ gula merah Gula pasir Tepung beras Kapur makan Garam Minyak untuk menggoreng *resepi ini Cikla tak sediakan sukatan bahan.  Penyediaannya bergantung kepada banyak makan korang nak buat. Cara penyediaan: - rebus kacang hijau sehingga kembang. - bila dah kembang dan lembut, masukkan gula melaka.  Cikla masukkan gula melaka 2 keping dan   campuran gula merah serta gula pasir.  Manisnya korang kena rasa. Jangan terlalu manis. - Masaklah sehingga kering dan likat. Nak tahu setakat mana kelikatannya, bila korang rasa sedikit   berat bila mengacau. - Padamkan api dan biarkan ianya sejuk. (cikla suka makan begitu saja masa ni) - bila dah sejuk, bolehlah buat bulat...

Masak Ikan Pari Air Asam

Antara ikan yang Cikla suka ialah ikan pari. Selain daripada masak asam pedas, ikan pari ni boleh juga jadi masakan yang paling mudah iaiut Pari Rebus Air Asam . Untuk rujukan, Cikla share resepi yang simple dan mudah. Resepi Ikan Pari Rebus Air Asam Beberapa potong ikan pari ( ikan kembung pun boleh juga) - pastikan ikan segar baru rasa dia mantap pes asam jawa belacan bakar (sebesar ibu jari) hirisan bawang besar hirisan tomato hirisan cili padi perahan air limau nipis gula dan garam secukup rasa Nak buatnya senang.  Rebus ikan tu. Agak-agak dah masak, masukkan pes asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, cili padi, air perahan limau dan garam serta gula.  Kacau-kacau dan rasa masin, masam, manis ikut selera korang.  Pastikan ikan terendam sikit dalam kuah dan lepas tu bolehlah dihidangkan panas-panas. Selain daripada ikan, boleh juga rebus telur dan gaulkan dengan air asam ini.  Mudah kan. Satu cara  boleh pelbagaikan bahan. Jom cuba! ...

Kek Batik Milo

Kek Batik adalah antara kek yang paling senang untuk disediakan.  Siapkan bahan-bahan, anak-anakpun boleh buat sendiri. Resepi Kek Batik Milo Bahan-bahan  2 cawan milo 1 buku butter 1 bungkus biskut marie 1/2 tin susu pekat Cara penyediaannya : Cairkan butter, masukkan susu pekat, masukkan milo. Kacau sampai cair dan tidak berketul-ketul milonya.  Biskut marie tadi terlebih dahulu dipatah-patahkan kepada 4 bahagian. Kalau rasa kecil, patah dua sahaja.  Cikla campur-campurkan, ada yang patah dua, ada yang patah empat.  Susu pekat terpulang pada korang, nak manis masukkan lebih sedikit.  Sukatan yang Cikla guna ni pada Cikla dah sedang elok je manisnya. Lepas campuran dah sebati, masukkan biskut yang korang dah patah-patahkan tadi.  Kacaulah bagi rata.  Sediakan bekas untuk isi campuran tadi.  Kalau nak senang potong, bekas tu korang lapikkan dahulu dengan plastik, kemudian curahkan campuran tadi dan tekan-tekanlah bagi ra...

Roti Daging Bakar

Masakan paling mudah bila nak cepat.  Roti adalah bahan yang perlu ada stok di rumah.  Macam-macam resepi boleh buat dengan roti ni, asalkan rajin untuk mencuba. Berkongsi di sini untuk rujukan sahabat, adik, rakan Cikla yang `rajin' macam Cikla. Resepi Roti Daging Bakar Bahan-bahan : Daging kisar (ikut banyak mana roti bakar yang perlu disediakan) Capsicum hijau dan kuning (merah pun boleh) - hiriskan Bawang holland - potong dadu Cili merah - potong kecil (kalau dah guna capsicum merah, tak perlulah cili merah lagi) 2-3 ulas bawang putih - cincang halus Sos tomato kimball (jenama lain pun boleh) sedikit cili kisar sedikit minyak Roti Telur (3-4 biji) - pukul bersama dengan sedikit serbuk lada hitam **bahan-bahan ini korang boleh sukat ikut banyak mana korang nak buat.  Buat lebih pun tak apa sebab inti daging ni boleh guna untuk menu yang lain juga. Caranya pun mudah: Tumis bawang putih sedikit, masukkan bawang holland.  Masukkan daging k...

Ayam Panggang Rosemary

Siapa yang tak suka makan ayam, tambahan kalau anak-anak. Sesekali kita cuba masak ala western pulak. Resepi Ayam Panggang Rosemary Ayam  - Pilihan kami ayam sederhana besar - 2 ekor. Tak perlu potongkan ke bahagian-bahagian kecil dahulu tapi kenalah bersihkan betul-betul bahagian dalamnya supaya tidak berbau. Perap dahulu ayam dengan bahan-bahan berikut : 2-3cm Halia, 7-8 ulas bawang merah, 6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat l1 sudu besar serbuk lada hitam kasar 1 sudu besar serbuk jintan manis 2-3 biji lime - ambil air perahannya Rosemary kering - jangan banyak sangat Garam & gula secukup rasa. Gaulkan kesemua bahan ini dan sapulah keseluruh ayam. Masukkan ayam ke dalam plastik atau bekas dan biarkan lah selama 2-3 jam. Bahan-bahan sampingan : 1 batang carrot - potong serong 10-15 biji kentang manis (sweet potatos) kentangnya kecil-kecil ajer. 1 biji epal merah - potong-potong kan 1 batang saderi beberapa biji tomato comel Daun sup yang dah d...

Masak Lemak Cili Padi Rebung Dengan Daging

Peminat rebung dan masak lemak cili padi boleh cuma masakan ini.  Memang sedap.  Rebung yang Cikla gunakan ialah rebung madu ambil terus dari pokok. Rebung segar ni tak berbau.  Boleh juga gunakan rebung jeruk tapi ada bau sikit la. Resepi Masak Lemak Cili Padi Rebung dengan Daging (bahan-bahan ni boleh ubah sukatannya ikut korang ye, Cikla kongsikan ikut kuantiti yang Cikla masak) 1/2 kg daging (ambil yang ada urat bercampur isi) kelapa parut RM2 (boleh juga guna santan kotak) Satu batang rebung  (ikut kuantiti korang nak masak) 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 batang serai sehelai daun kunyit 7-9 cili padi (nak lebih pedas letak lebih) 2 cili hijau 2-3 hiris lengkuas 2-3 hiris halia asam keping gula & garam secukup rasa Cara penyediaan: - potong rebung dan rebus 2 kali (rebus sekali sampai air mendidih, buang air dan rebus sekali lagi).   Kalau guna rebung jeruk, tak perlu rebus. Rebung yang dah direbus, kalau tak nak mas...

Kek Cheese Cream Cracker

Bila tiba-tiba rasa nak makan kek tapi stok bahan terhad dan korang pula rasa malas nak keluarkan perkakasan, mulalah cari resepi-resepi mudah asalkan keinginan nak makan kek tercapai.  Siapa ada perangai macam Cikla ni?  Biasanya kat rumah memang sediaada stok serba sedikit untuk buat kek atau kuih muih yang mudah.  Cikla memang suka sediakan masakan yang mudah dan cepat untuk disediakan.  Tapi bila mood rajin memang macam-macam boleh terhasil. Kali ni nak kongsi dengan korang, Kek Cheese Cream Cracker yang sangat mudah untuk disediakan. Resepi Kek Cheese Cream Cracker. Bahan-bahannya : 1 buku philadelphia creme cheese 1/4 tin susu pekat manis 1/2 biji perahan jus lemon * kesemua bahan ni, diputar sehingga kembang bisku cream cracker susu segar/full cream/low fat milk milo nestum oat chocolate (yg ni ikut suka, Cikla tak letak pun) Cara-caranya : Rendam seketika biskut cream crackers dalam susu segar tadi.  Susunkan biskut dalam ...